nya ibubapa
Oh ya, tahniah juga pada Pakcik Bawaih, yang sangat rajin dan ikhlas bekerja, juga menerima anugerah pekerja cemerlang... tahniah pakcik Bawaih...!!! . Smart sungguh hari ni.. terharu saya dibuatnya.
Syabas kepada pentadbir sekolah kerana menghargai sumbangan pekerja swasta terhadap keceriaan sekolah. Sumbangan mereka tidak boleh dipandang ringan.!
Saya teringat kisah Rasulullah telah ditegur oleh Allah SWT, kerana terlalu mengharapkan agar pembesar negeri Mekah menerima wahyu dan dakwahNya, sedangkan ketika itu, ada seorang lelaki miskin merayu minta Rasulullah saw mengajarnya tentang Islam, namun baginda tetap merayu pembesar tadi tanpa mempeduli si miskin. Akhirnya, rasulullah sedar perbuatannya salah... lalu membimbing si miskin. Pembesar Quraisy tadi dibiarkan sahaja oleh baginda.
Pengajarannya; kita jangan megharapkan sanjungan dan nampak kerja buat orang yang hebat-hebat sahaja sedangkan orang bawahan, kita pandang hina dan rendah. Tanpa mereka, kita tidak akan menjadi sesiapapun di muka bumi ini. tanpa mereka , kita tidak mampu membuat semua kerja remeh temeh dan kerja berat. Tahniah, pentadbir...smkpb!
