Monday, May 11, 2009

mesyuarat bina insan di smpb 11/5/09











Pada jam 3.oo ptg, 11.5.09 hari Isnin , kami AJK Bina Insan, unit HEM smkpb ada meeting. Agenda utama ialah mencari alternatif baru tentang Analisis SWOT. Hem mengemukan satu isu utama iaitu kem hard core lelaki yg di adakan pada 15-17/4-09 di Taman Pertanian, Kuantan. Sekolah telah membelanjakan sebanyak RM4200.00 perbelanjaan kos. Memang besar sumbangan sekolah. Saya pun tidak sedikitlah kena buat kerja nak selesaikan kem ini dengan jayanya. Alhamdulillah selesai. Namun selepas itu, tidak nampak perubahan majoriti pelajar yang ke kem tersebut, Merekalah kaki round, ponteng kelas, malas belajar, kena ke bilik disiplin tak henti-henti. Namun ada juga yang aku rasa berubah. Maklumlah , 3 hari kem bukanlah senang nak menjadadi "malaikat: Totaly different" .... kena bimbingan berterusan dan semangat dari semua pihak tanpa putus-putus, terutamanya IbuBapa merekalah....." yang paling hampir.




Tapi yang saya amat sedih, mesyuarat hanya dihadiri oleh 7 orang ustazah sahaja dan GPK HEM sahaja, sedangkan AJK kita ramailah juga!!! . Ada yang maklum bersebab tidak dapat hadir tuu, baguslah at least kita tahu dan mereka menghormatii majlis mesyuarat . Yang peliknya langsung tak nak kesahpun dengan notis mesyuarat tuu. Kenapa saya begitu terasa dengan kehadiran ahli2 AJK Bina Insan. TIDAK LAIN ADALAH KERANA ....KAMI perlukan sokongan padu semua pihak untuk Menginsankan Pelajar SMKPB... misalnya solat berjamaah di sekolah. Jadual semua sudah edar, dan semua tahu... tetapi mana komitment seme orang masa pelajar nak menunaikan Solat Berjamaah. Akhirnya, pelajar jadikan peluang ini ponteng sekolah.... lari ke hujung blok, duk kat tangga... habis masa mereka balik ke kelas semula. Yang bertugas hanya ustazah sahaja, ustaz seorang dan adalah 2 atau .3 orang cikgu prihatin dan sanggup membantu jadi imam....... maka saya amat sedihlah...

Kita tiada pahala jihad melawan kafir di medan perang dah kini di Malaysia masa kini, saya memandang inilah lapangan JIHAD kita. Kalau semua cikgu turun padang, akhirnya pelajar akan malu kepada guru dan mereka akan ke surau.


begitu juga nak buat program Parenting pelajar bermasalah.... ustazah yang hadir tu je lah dengar masa mesyuarat... yang tidak hadir, bagaimana? siapa nak arah mereka .. sedangkan sesetengahnya Bukan suka diarahkan... tetapi InsyaAllah, GPK HEM dah bagi jaminan, semua AJK Bina INSAN akan dilibatkan dalam program " Parenting " pelajar Hard Core.... semoga kita semua berjaya membantu para pelajar kita yang memang memerlukan bimbingan sepanjang hayat daripada seorang insan bergelar Guru. Akhir kata ... jadilag seperti pepatah kata " guru seperti lilin membakar diri menerangi orang lain' biarlah dirinya terbakar.... Tetapi kita jangan bakar diri sudahlah ya! Maaf dengan luahan hati sempena Hari Guru 2009.




Wednesday, May 6, 2009

Hobi Menyulam/menjahit











Hari ni, Alhamdulillah siap jahit telekung sulam. Bila ada je masa aku akan fikrkan bentuk dan corak sulaman yang baru...InsyaAllah, 2 lagi telekung solat nak disiapkan kerana ada tempahan.Nak tengok sebahagian dari sulaman yang dah disiapkan ...boleh aje. Kami baru belajar..... kalau salah tolong tunjukkan.


















Saturday, April 25, 2009

hari anugerah cemerlang smkpb09

Pagi dah bangun siapkan santapan untuk seisi rumah yang akan ditinggalkan kerana hendak ke sekolah. Alhamdulillah, jam 8.15 baru dapat bertolakke sekolah. Sampai kat sekolah, terkejut juga... macam takda orang sangatlah. Lesu je majlis..mana ibubapa dan tetamu yang dijemput meraikan anak-anak cemerlang mereka? Tak berapa mendapat sambutan. Kemana agak

nya ibubapa

mereka ya?...Yang pasti ramai cikgu, sebab terpaksa datang, juga para pelajar yang terlibat dengan kawad dan acara persembahan... tempat duduk nampak agak lengang. Jadi kami kena arahkan pelajar yang ada agar memenuhkan tempat duduk. Teringat saya zaman persekolahan kita dulu, acara begini sangat meriah dan disambut oleh semua warga sekolah.... ... yang lemah dan pandai semuanya bergabung memberi sumbangan kepada pihak sekolah. Sepatutnya, kita kena fikirkan sesuatu yang lebih memberi manfaat kepada semua pihak, terutama pelajar untuk menjayakan Majlis Unggul ini dengan lebih GRAND.

Oh ya, tahniah juga pada Pakcik Bawaih, yang sangat rajin dan ikhlas bekerja, juga menerima anugerah pekerja cemerlang... tahniah pakcik Bawaih...!!! . Smart sungguh hari ni.. terharu saya dibuatnya.

Syabas kepada pentadbir sekolah kerana menghargai sumbangan pekerja swasta terhadap keceriaan sekolah. Sumbangan mereka tidak boleh dipandang ringan.!

Saya teringat kisah Rasulullah telah ditegur oleh Allah SWT, kerana terlalu mengharapkan agar pembesar negeri Mekah menerima wahyu dan dakwahNya, sedangkan ketika itu, ada seorang lelaki miskin merayu minta Rasulullah saw mengajarnya tentang Islam, namun baginda tetap merayu pembesar tadi tanpa mempeduli si miskin. Akhirnya, rasulullah sedar perbuatannya salah... lalu membimbing si miskin. Pembesar Quraisy tadi dibiarkan sahaja oleh baginda.

Pengajarannya; kita jangan megharapkan sanjungan dan nampak kerja buat orang yang hebat-hebat sahaja sedangkan orang bawahan, kita pandang hina dan rendah. Tanpa mereka, kita tidak akan menjadi sesiapapun di muka bumi ini. tanpa mereka , kita tidak mampu membuat semua kerja remeh temeh dan kerja berat. Tahniah, pentadbir...smkpb!



















































































Thursday, April 23, 2009

usratiii

23/4/09 Tamak Ilmu Mai lagi Hari niii

orang tamak selalu rugi kata pepatah melayu. Tetapi dalam bab ilmu, saya tak setuju peribahasa ni, jangan marah ya orang melayu... makin banyak belajar makin banyak yang tidak diketahui, beruntunglah jika kita tamak mencari ilmu.

Thursday, April 16, 2009

belajar membina blog


petang ini jam 4 saya belajar buat blog dgn cg sharifah faridah hanim... last peserta...pah kena tunggu kak han... tak palah pah ya sebab nak cari ilmu.