Monday, May 11, 2009

mesyuarat bina insan di smpb 11/5/09











Pada jam 3.oo ptg, 11.5.09 hari Isnin , kami AJK Bina Insan, unit HEM smkpb ada meeting. Agenda utama ialah mencari alternatif baru tentang Analisis SWOT. Hem mengemukan satu isu utama iaitu kem hard core lelaki yg di adakan pada 15-17/4-09 di Taman Pertanian, Kuantan. Sekolah telah membelanjakan sebanyak RM4200.00 perbelanjaan kos. Memang besar sumbangan sekolah. Saya pun tidak sedikitlah kena buat kerja nak selesaikan kem ini dengan jayanya. Alhamdulillah selesai. Namun selepas itu, tidak nampak perubahan majoriti pelajar yang ke kem tersebut, Merekalah kaki round, ponteng kelas, malas belajar, kena ke bilik disiplin tak henti-henti. Namun ada juga yang aku rasa berubah. Maklumlah , 3 hari kem bukanlah senang nak menjadadi "malaikat: Totaly different" .... kena bimbingan berterusan dan semangat dari semua pihak tanpa putus-putus, terutamanya IbuBapa merekalah....." yang paling hampir.




Tapi yang saya amat sedih, mesyuarat hanya dihadiri oleh 7 orang ustazah sahaja dan GPK HEM sahaja, sedangkan AJK kita ramailah juga!!! . Ada yang maklum bersebab tidak dapat hadir tuu, baguslah at least kita tahu dan mereka menghormatii majlis mesyuarat . Yang peliknya langsung tak nak kesahpun dengan notis mesyuarat tuu. Kenapa saya begitu terasa dengan kehadiran ahli2 AJK Bina Insan. TIDAK LAIN ADALAH KERANA ....KAMI perlukan sokongan padu semua pihak untuk Menginsankan Pelajar SMKPB... misalnya solat berjamaah di sekolah. Jadual semua sudah edar, dan semua tahu... tetapi mana komitment seme orang masa pelajar nak menunaikan Solat Berjamaah. Akhirnya, pelajar jadikan peluang ini ponteng sekolah.... lari ke hujung blok, duk kat tangga... habis masa mereka balik ke kelas semula. Yang bertugas hanya ustazah sahaja, ustaz seorang dan adalah 2 atau .3 orang cikgu prihatin dan sanggup membantu jadi imam....... maka saya amat sedihlah...

Kita tiada pahala jihad melawan kafir di medan perang dah kini di Malaysia masa kini, saya memandang inilah lapangan JIHAD kita. Kalau semua cikgu turun padang, akhirnya pelajar akan malu kepada guru dan mereka akan ke surau.


begitu juga nak buat program Parenting pelajar bermasalah.... ustazah yang hadir tu je lah dengar masa mesyuarat... yang tidak hadir, bagaimana? siapa nak arah mereka .. sedangkan sesetengahnya Bukan suka diarahkan... tetapi InsyaAllah, GPK HEM dah bagi jaminan, semua AJK Bina INSAN akan dilibatkan dalam program " Parenting " pelajar Hard Core.... semoga kita semua berjaya membantu para pelajar kita yang memang memerlukan bimbingan sepanjang hayat daripada seorang insan bergelar Guru. Akhir kata ... jadilag seperti pepatah kata " guru seperti lilin membakar diri menerangi orang lain' biarlah dirinya terbakar.... Tetapi kita jangan bakar diri sudahlah ya! Maaf dengan luahan hati sempena Hari Guru 2009.




No comments:

Post a Comment